Irwan & Rahimi : Your eTiQa’s Agent


7 Sebab Mengapa Perlunya Anda Memiliki Pelan Takaful Keluarga

1. Untuk melindungi kewangan/pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Pelan Takaful yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan/pendapatan ketika hilang upaya

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya untuk terus mendapat nafkah untuk keluarga, Pelan Takaful yang diambil akan memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak

Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Dengan mempunyai Pelan Takaful yang betul ia akan menjadikan impian itu suatu kenyataan.  Jika berlaku sebarang musibah kepada si Pembayar (bapa/ibu),  pihak syarikat akan menangung keseluruhan yuran pelan hingga ke tempoh matang.

4. Suatu tabung persaraan

Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Pelan Takaful adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan

Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Lihat sahaja kos perubatan yang makin hari makin melonjat tinggi.  Adakah kita mampu jika ditakdirkan kita diserang penyakit kritikal yang semestinya memerlukan kos yang tinggi.  Orang yang bijak mengunakan Pelan Takaful akan dapat meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Sebagai pemberian untuk yang tersayang

Tidak seperti pemberian yang lain, Pelan Takaful adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.  Ia dapat membuktikan kasih sayang antara seisi keluarga.

7. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh

Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.


Ibu terkejut terima insurans arwah anak RM100,000

Dipetik dari Malaysiakini @ Here

Ibu allahyarham Konstabel Azhar Ashari terkejut apabila dimaklumkan anaknya yang meninggal dunia pada pertengahan tahun ini, ada meninggalkan caruman premium insurans hampir RM100,000 dari dua buah syarikat insurans.

Rapiah Kasman, 53, berkata Azhar tidak pernah memberitahu keluarganya tentang kewujudan caruman sebanyak itu sejak menyertai perkhidmatan itu sejak tiga tahun lepas.

“Makcik terkejut apabila diberitahu syarikat insurans yang arwah anak makcik ada meninggalkan caruman untuk kami.

“Walaupun wang tidak boleh diganti dengan nyawa tapi kami akan gunakan sebaik-baiknya. 

“Duit yang kami terima ini akan kami simpan untuk kegunaan di masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan cek di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Allahyarham Azhar, 22, meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala setelah dilanggar lari dari belakang ketika menyertai satu operasi bersepadu polis Mei lepas.

Rapiah berkata, menjelang tibanya raya setiap tahun, arwah akan menolong memasang langsir dan menghias rumah.

“Makcik biasanya masakkan ayam masak merah kesukaannya tapi raya tahun ini kurang seri tanpanya di sisi kami,” kata surirumah itu dalam nada sebak.

Beliau berkata Azhar, anak bongsu dari lima beradik itu, merupakan seorang yang rajin dan sentiasa berdikari dalam hidupnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid pula menyifatkan Azhar, yang berkhidmat di unit tugas am, balai polis Petaling, sebagai seorang anggota yang prihatin dan matang dalam melakukan tugasnya.

“Sehinggakan untuk keluarga pun arwah prihatin dan bijak apabila mencarum insurans yang sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban keluarga,” katanya. BERNAMA


Apakah Keutamaan Anda Sekarang??

main
© Gambar Hiasan

Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ditambah pula dengan keadaan ekomoni yang semakin mengucup, ramai diantara kita berasa panik dan mula hendak menekan butang kecemasan.  Ada yang telah dan sedang berfikir panjang; bolehkan aku teruskan kehidupan dalam kemewahan sekarang untuk untuk 5 tahun akan datang, bolehkan aku besarkan anak-anak dengan pendidikan yang cemerlang, bolehkan itu, bolehkah ini…… dan bermacam-macam lagi.  Jika anda seseorang yang berfikiran begitu, TAHNIAH!!!!!  Sesungguhnya anda adalah seorang yang begitu mementingkan masa depan keluarga anda!!! TAHNIAH sekali lagi!!!

Apakah keutamaan anda sekarang? Apa yang anda racang untuk masa depan keluarga anda?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada fikirkan untuk masa depan:

1. Pelan Perlindungan Pendapatan
Alhamdullillah, kita semua kini mempunyai pendapatan yang tetap untuk menyara keluarga.  Tetapi pernahkan kita terfikir bagaimana jikalau pendapatan kita tersebut tiba tersekat oleh disebatkan musibah seperti hilang upaya / sakit atau kematian yang menimpa kita.

2. Pelan Persaraan
Semua antara kita mesti mempunya impian hari tua masing-masing.  Kita semestinya jika diberikan umur yang panjang ingin menikmati hari tua yang tenang serta bahagia.  

3. Pelan Pendidikan
Antara keutamaan kita semestinya rancangan masa depan anak-anak kita.  Yang paling utama sekali ialah pendidikan mereka.  Dengan keadaan inflasi yang tiap tahun makin meningkat serta kenaikan kos pendidikan, ini sedikit sebanyak merisaukan setiap ibu bapa.

4. Pelan Keusahawanan
Ada diantara kita bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.   Teruskan impian anda itu!!

Kami akan huraikan satu-persatu perkara-perkara di atas untuk membantu anda bagi memahami mengenai apa peranan eTiQa Takaful dalam hal tersebut.  Selamat berjumpa di entry seterusnya…

Wasalam


Takaful Keluarga

Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. 

Anda boleh memilih sendiri tempoh matang pelan anda dan tidak ada pelucutan hak sekiranya anda membatalkan pelan takaful keluarga anda. Anda juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan jika anda menyertai pelan takaful keluarga.

Ihsan dari : www.insuranceinfo.com.my


Keluarga Tersayang

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak-anak anda?

Cuba kita sama-sama fikir-fikirkan…..

HadisRiwayat Al-Bukhari:
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” 


Apa Itu Takaful

Apa Itu Takaful

  • Skim perlindungan berasaskan kepada persaudaraan insan, rasa saling bertanggungjawab, bekerjasama dan jamin menjamin di kalangan peserta.  
  • Falsafah takaful menekankan kepada keikhlasan di mana para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada konsep Tabarru’ iaitu setiap peserta bersetuju memberi sumbangan untuk membantu para peseta lain di dalam skim Takaful berkenaan.
….hendaklah kamu tolong-menolongatas kebaikan dan bakti, dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan: dan hendaklah kamu takut kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu sangat keras siksaNya.
Surah Al-Maidah, Ayat 2 

Mengapa Takaful

  • Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 15 Jun 1972, Insurans Hayat satu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur:
    • Gharar (ketidakpastian)
    • Maisir (judi)
    • Riba

eTiQa Takaful

Selamat Datang ke laman informasi mengenai perancangan masa depan anda!!!
Setiap manusia harus mempunyai perancangan masa hadapan yang jelas agar setiap wang yang dilaburkan benar-benar mendatangkan hasil yang sebenar-benarnya.
Kita semestinya amat menyayangi keluarga kita, tetapi sayang sahaja belum mencukupi……

Dalam blog ini, kami akan cuba sedaya upaya membantu anda untuk merancangan kewangan keluarga anda!!!
Stay tune!!!!



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.