Apa Itu Takaful
Apa Itu Takaful
- Skim perlindungan berasaskan kepada persaudaraan insan, rasa saling bertanggungjawab, bekerjasama dan jamin menjamin di kalangan peserta.
- Falsafah takaful menekankan kepada keikhlasan di mana para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada konsep Tabarru’ iaitu setiap peserta bersetuju memberi sumbangan untuk membantu para peseta lain di dalam skim Takaful berkenaan.
….hendaklah kamu tolong-menolongatas kebaikan dan bakti, dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan: dan hendaklah kamu takut kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu sangat keras siksaNya.
Surah Al-Maidah, Ayat 2
Mengapa Takaful
- Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 15 Jun 1972, Insurans Hayat satu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur:
- Gharar (ketidakpastian)
- Maisir (judi)
- Riba
Advertisement