Takaful Keluarga
![]() |
| Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.
Anda boleh memilih sendiri tempoh matang pelan anda dan tidak ada pelucutan hak sekiranya anda membatalkan pelan takaful keluarga anda. Anda juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan jika anda menyertai pelan takaful keluarga. Ihsan dari : www.insuranceinfo.com.my |
Advertisement
