7 Sebab Mengapa Perlunya Anda Memiliki Pelan Takaful Keluarga
1. Untuk melindungi kewangan/pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Pelan Takaful yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan/pendapatan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya untuk terus mendapat nafkah untuk keluarga, Pelan Takaful yang diambil akan memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Dengan mempunyai Pelan Takaful yang betul ia akan menjadikan impian itu suatu kenyataan. Jika berlaku sebarang musibah kepada si Pembayar (bapa/ibu), pihak syarikat akan menangung keseluruhan yuran pelan hingga ke tempoh matang.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Pelan Takaful adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Lihat sahaja kos perubatan yang makin hari makin melonjat tinggi. Adakah kita mampu jika ditakdirkan kita diserang penyakit kritikal yang semestinya memerlukan kos yang tinggi. Orang yang bijak mengunakan Pelan Takaful akan dapat meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.
6. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, Pelan Takaful adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat. Ia dapat membuktikan kasih sayang antara seisi keluarga.
7. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.